Inilah Kenapa Umat Islam Disuruh Oleh Nabi Untuk Belajar Memanah, Berenang, Bermain Pedang Dan Berkuda?
Setiap perbuatan yg disampaikan oleh Rasulullah, pasti ada sebabnya…
Disebabkan itu Rasulullah S.A.W menyuruh kita sentiasa merujuk kepada
Al-Quran dan Hadis untuk mencari jawapannya… Kerana baginda lebih
mengetahui tentang apa yang akan berlaku di kemudian hari…
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, bermain
pedang, berenang dan memanah” [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam
Muslim]
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang
dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan
apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba
pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam
agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali
pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi ". (Hadith Sahih riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu daripada tanda-tanda
datangnya hari kiamat. Bermula dengan sebuah peperangan besar yang
melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Yahudi. Sebelum
berlaku peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa
kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman
hasil kajian ilmuan Islam.
Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi
utama perang ini adalah di lembah Megiddo atau Mageddon, Palestin.
Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem
rekaan Hollywood belaka. Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh
Yahudi memang mahu menyembunyikan fakta tentang Armageddon ini melalui
propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah
mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk
menghadapinya.
Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis.
Hanya disebut dalam kajian-kajian Kristian dan Ahli Kitab. Menurut
bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama
sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi
peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang terakhir dengan
menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang
canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang
disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.
Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan, dan diramal akan
berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat.
Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman
Pertengahan di mana bala tentera hanya akan menunggang kuda dan
bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.
"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang
keempat akan berjuang dengan kayu,batu,pedang dan anak panah."
Ini disebabkan semua teknologi tidak boleh digunakan lagi pada masa itu
kerana EMP (electromagnetic pulse) senjata nuklear itu sendiri berlaku
ketika Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang
Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana
semuanya menggunakan peralatan perang yang sama, berjuang menggunakan
kayu,batu,pedang dan anak panah.
ROTHSCHILD CIPTA EMP (ELECTRONIC MAGNETIC PULSE)
BACA JUGA
Adakah anda bersedia bergelap tanpa cahaya lampu,..wang elektronik atau
wang kertas yang tidak dapat dikeluarkan dari bank..tiada air kerana
mesin water pump tidak berfungi…memang menyeksakan…memang
perit…huru-hara manusia di buatnya…itulah antara senjata rahsia yang
sangat ampuh yang di miliki oleh tentera Dajjal..EMP..(electronic
magnetic pulse)..
Senjata HAARP, nuclear, senjata kimia@biology dan EMP adalah senjata
baru alaf mellinium yang sangat merbahaya kepada manusia sejagat…senjata
ini akan memusnahkan dan mengurangkan populasi manusia secara drastik..
Di akhir zaman nanti manusia akan berperang semula dengan hanya
menggunakan besi batu dan kayu sahaja (saki baki perang)…ini adalah
kerana penggunaan senjata EMP..senjata ini akan mematikan dan
memusnahkan segala peralatan elektronik hingga ke wayarnya sekali…hanya 1
atau 2 butir bom EMP di lancarkan sudah untuk cukup menggelapkan
sesebuah Negara jika bom tersebut di lancarkan pada aras ketinggian @
altitude yang lebih tinggi daripada struktur lapisan ionisfera bumi..
Konspirasi golongan elit atau Dajjal ini telah menjalankan banyak
projek-projek rahsia yang dijalankan. Antara projeknya ialah Starwars
Project, BlueBeam project, Pandora Project, Genom Project Phliphedia
Project dan banyak lagi projek rahsia termasuk UFO project.
Pembinaan senjata EMP adalah dibawah kelolaan Starwars Project yang
lebih dominan dan yang lainnya ada perkaitan antara satu sama lain..Bom
EMP boleh dihantar samada di lancarkan dengan roket atau di bawa dengan
pesawat canggih supersonik merentas angksa pada altitud yang tinggi..
B2 SPIRIT BOMBER
Bersediakah kita akan situasi ini…saya bukan ingin menakutkan anda
semua…minta dijauhkan. Peperangan dunia ke-3 akan menggunakan senjata
ini secara total selain nuclear, kimia dan biologi …Sebenarnya
penggunaan senjata ini telah dihebahkan dalam permainan game strategi
Command & Conquer General. Dalam siri Astro "Future Weapon" juga
telah didedahkan akan keupayaan EMP..
Kini senjata ini juga turut dimajukan oleh Iran,Rusia, China dan Korea Utara..Ini bukan omongan kosong.
Jika direnungkan pada hadis bagaimana Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa,
bagaimana Yaakjuj dan Makjuj menembak panahnya ke langit dan mengapa
nabi menyuruh kita belajar berenang, berlari, menunggang kuda, belajar
guna pedang dan memanah…semuanya seolah-olah zaman masa lampau. Bermakna
kita akan Back to Ancient..tidak ada satu pun yang menyentuh tentang
peralatan mekanikal dan eletronik…Ini bermaksud selepas perang dunia
ketiga, bumi akan bergelap dan banyak kemusnahan yang berlaku kerana
perang. Kuncu Iblis telah membuat persediaan akan peristiwa
ini..bagaimana dengan orang islam? Penyelamat orang islam adalah melalui
zikir kepada Allah dan akidah yang kental sahaja.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu
termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani
dengan sanad yang baik)
Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis akan bersembunyi di
balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi
iaitu pokok Gharqad, yang banyak ditanam di Israel sekarang ini.
sumber : nasihatmedia.blogspot.co.id
BACA JUGA
loading...